Salam Maulidur Rasul

selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam... jika kita mengimbau kembali sejarah insan mulia ini,tidak dapat tidak,kita akan mengagumi bahawa baginda adalah insan yang agung....peribadi yang luhur,sifat kepimpinan yang turut mengagumkan kaum musyrikin dan segala-galanya tentang baginda.... dan aku ada membaca satu artikel tentang pandangan segelintir tokoh bukan islam tentang baginda..dan aku akui,aku bersyukur dan merasa bangga menjadi sebahagian daripada umat baginda....subhanallah....

tapi,sungguh aku kesali....segelintir besar umat islam pada hari ini tidak menyambut hari kebesaran ini dengan sepatutnya sedangkan sambutan lain yang bercanggah dengan agama islam seperti Hari Valentine disambut dengan sepenuh jiwa...

mungkin aku patut berterima kasih kepada pengeluar kalendar kerana masih "meletakkan" tarikh2 kebesaran dalam islam pada kalendar keluaran mereka....dan,sedikit sebanyak menolong kita mengingati tarikh2 tersebut...

hiba rasanya hati ini apabila ramai diantara kita yang gembira dengan kedatangan hari ini bukan kerana ingin mengingati Nabi Muhammad S.A.W tetapi kerana adanya cuti umum berkaitan dengan Hari Maulidur Rasul..hanya kerana cuti umum....

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hai saya Atiqah. Saya suka menulis dan bercerita.

0 comments

Just leave your comment/s here.Make it simple and nice ☺