Yang Mana Lebih Baik?


Rasanya semuanya sudah sedia maklum tentang kekejaman Yahudi Zionis terhadap rakyat Palestin Apabila kita berfikir dengan lebih mendalam,serasanya isu ini sama sahaja seperti yang telah dilakukan oleh tentera Serbia keatas Muslim Bosnia..Persamaan yang jelas ialah,tentera2 kafir itu ingin melancarkan "Penghapusan ke atas umat islam"..."Penghapusan Etnik Muslim Bosnia" yang berlaku pada tahun 1992 hingga tahun 1995 itu sangat menyayat hati.Mungkin,sewaktu kekejaman itu berlaku,aku tidak mengerti apa2 malah aku masih terlalu kecil.Aku dilahirkan pada tahun 1992

Aku bukan ingin bercerita tentang sejarah pahit itu berlaku.Aku ingin berkongsi tentang apa yang aku fikirkan. Tentang reaksi masyarakat berkaitan isu ini. Insan yang punya keperimanusiaan mungkin akan merasa marah dan mengutuk kekejaman yang berlaku. Ada yang melancarkan demonstrasi,ada yang mendesak PBB supaya melakukan sesuatu,ada yang menghulurkan sumbangan kepada rakyat palestin dan banyak lagi. 

Namun,ada juga yang mencemuh tindakan2 insan yang punya perikemanusiaan itu.Kata mereka,buat apa cuma membantah/berdemonstrasi sedangkan keadaan tidak akan berubah.Tentera Yahudi Zionis akan terus melakukan kekejaman.Rakyat Palestin aku terus ditindas. Tapi,sedarkah mereka bahawa,"Diam tandanya setuju".Jika masyarakat dunia diam seribu bahasa hanya kerana takut ditempelak seperti tin kosong,gema sahaja yang kuat,itu sama sahaja seperti membenarkan semua kekejaman itu berlaku. 

Yang mana lebih baik,menjadi tin kosong yang apabila diketuk,mengeluarkan bunyi meski tidak enak didengar atau menjadi tin yang penuh dengan isi yang sudah basi ? Sekurang-kurangnya tin kosong boleh dikitar semula.

Fikirlah!






Bersama-samalah kita mendoakan keamanan untuk rakyat palestin.Semoga sinar terang akan muncul dan menyinari hidup mereka yang selama ini kelam tanpa ditemani segaris cahaya.Semoga ada yang akan membela nasib mereka.Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar!!!

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hai saya Atiqah. Saya suka menulis dan bercerita.

0 comments

Just leave your comment/s here.Make it simple and nice ☺