Maksud Couple

Semalam,ada seorang hamba Allah tu tanya,apa pendapat aku tentang couple,tapi,oleh sebab,aku takde mood nak cakap pasal tu semalam,aku tangguhkan dulu..so,di sini,dengan sehabis ringkasnya,aku nak bagitahu pendapat aku tentang couple.

Bagi aku,couple tu ibarat,menjadi milik seseorang tanpa ikatan yang sah...Aku selalu je keluarkan soalan ni:

"Wujudkah istilah couple dalam Islam? Are you sure you can protect your iman dengan couple,boleh jagakah pandangan mata,hati dari memikirkan something yang dilarang agama?"

Aku selalu tanya soalan tu,kerana aku nakkan jawapan,tapi,selalunya balasan yang aku dapat,cemuhan dan kritikan yang langsung tidak memberi jawapan kepada persoalan aku..

Sebagai seorang yang beragama Islam yang dibekalkan dengan panduan yang sentiasa valid sehingga ke akhir zaman iaitu Kitab Suci Al-Quran,aku nak share beberapa ayat dari Al-Quran tentang isu ni.


Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."
 Allah menegaskan kepada lelaki dan juga wanita supaya memelihara pandangan kita..Kalau dah hari2 duduk tengok muka couple kita tu,terpelihara ke pandangan tu?
Surah An-nisa,ayat 31:

"Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan 

kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga)."

Surah Al-Israak,ayat 32:

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Ni aku dapat dari satu artikel:
sequence ke arah zina ni lebih kurang begini:
Pandangan -> Lintasan hati -> Khayalan -> Keinginan ->Tindakan -> Zina kecil -> Zina besar

 Aku tak pernah cakap,mencintai seseorang itu salah sebab perasaan tu memang ada pada setiap orang.Tapi,tak perlulah sampai berlebih-lebihan dalam perbuatan kita.Kita tak tahu masa depan macam mana,kan? Boleh jadi,sekarang kita suka dia bagai sang pencinta mencintai orang yang dicintanya,tapi,boleh jadi,suatu masa nanti,dialah orang yang paling kita tak suka...Segala kemungkinan itu ada.

So,kepada hamba Allah itu,aku harap ko berpuas hati lah ye dengan penerangan aku ni....Segala nasihat dan teguran,aku akan terima dengan isi hati yang terbuka. 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hai saya Atiqah. Saya suka menulis dan bercerita.

0 comments

Just leave your comment/s here.Make it simple and nice ☺