Memoir for you

Ku pandang awan
Kelihatan bayanganmu tersenyum mekar
Apa khabar kecintaanku
Sudah lama kita tidak bersua muka
Bertanya khabar
Berkongsi cerita
Angin yang menampar lembut wajahku
Menggembalikan ingatanku pada kelembutanmu
Keayuanmu kujadikan ikutan
Kelembutanmu kujadikan panduan

Irama hujan
Mengimbau kenangan sewaktu kita
Ketawa keriangan
Meredah hujan bersama

Kepada kenangan itulah aku sandarkan sebuah harapan
Agar suatu hari nanti
Kita akan diketemukan lagi

Seterusnya
Menyambung kembali ukhwah yang kian terputus
Digilis roda kehidupan.



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hai saya Atiqah. Saya suka menulis dan bercerita.

0 comments

Just leave your comment/s here.Make it simple and nice ☺