Sayangku

Sayangku...
Cintailah aku kerana agamaku
Cintailah aku kerana engkau mengerti apa itu  cinta
pada zahirnya dan batinnya
 Cintailah aku di setiap saat hidupmu
Cintailah aku di kala engkau senang dan dikala engkau susah

Cintailah aku setulus hatimu
Cintailah aku kerana aku adalah aku
dan
Cintailah aku kerana engkau ingin aku menjadi bidadari
duniamu dan akhiratmu
Tapi..


Sayangku
Selagi aku bukan milikmu yang sah
Simpanlah kata cintamu itu
Kerana aku khuatir
Cinta itu hanyalah tipu daya iblis semata-mata

Sayangku
Selagi aku tidak mendapat gelaran terhormat iaitu isterimu
Jangan kau ungkap kata cinta itu
Kerana aku enggan
Kenikmatannya hilang
Sebelum ktia dapat menikmatinya
secara halal.

Nukilan : Atiqah Azman

1:11AM 12062011

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hai saya Atiqah. Saya suka menulis dan bercerita.

0 comments

Just leave your comment/s here.Make it simple and nice ☺