Beautiful memories

29 Jun dan 30 Jun 2013
Pada dua tarikh tersebut, aku telah menyertai jaulah antara kumpulan2 usrah dari kalangan pelajar Taylor's university dan Monash University.

Itu merupakan jaulah pertama yang pernah aku libatkan diri dan memang sangat menarik.
Sangat banyak benda yang dipelajari samada verbally or non-verbally.

Pada 29 Jun iaitu hari Sabtu, kami berangkat dari Sekolah Rendah Bandar Sunway menuju ke pejabat Ikram Kuantan. Di sana, kami bertemu dengan kakak-kakak dari UIA Kuantan dan mengadakan sesi perkongsian.

Antara isi-isi yang aku pelajari ialah:
  1. Betulkan niat belajar. Belajar kerana Allah taala dan niat untuk belajar demi mendapatkan pekerjaan dan bekerja untuk Islam.
  2. Setiap kali ingin belajar, pastikan jelas niat belajar untuk apa.
  3. Tarbiyah merupakan sesuatu yang berterusan, bukannya macam switch yang ada on dan off.
  4. Tahu apa priority kita. Kalau kita nakkan syurga, tahu, amal mana yang lagi penting.
  5. Jangan jadikan tarbiyah atau usrah sebagai alasan sekiranya kita gagal dalam pelajaran.
  6. Belajar bersungguh2 dan buat yang terbaik supaya orang takkan kata kat kita, "sebab kau join usrahlah kau fail..tak banyak masa untuk study." Jangan jadikan usrah sebagai fitnah.
  7. Sekiranya kita belajar bersungguh-sungguh tapi masih gagal, ingatlah, itu merupakan ujian untuk kita. Allah hendak menguji sejauh mana keihklasan kita.
Itu merupakan sedikit isi daripada apa yang aku pelajari. Sangat kagum dengan kakak2 yang bagi perkongsian tersebut. Mereka merupaka student medic tahun akhir tapi sangat aktif dalam dakwah. Malah, ada diceritakan juga yang even next week ada exam penting, weekend itu,mereka masih join aktiviti2 yang berunsurkan dakwah. Bagi mereka, itu adalah satu pengorbanan.

Aku sangat kagum dengan mereka.Kalau dibandingkan aku dengan mereka, sangat jauh berbeza. Rasa macam nak bungkus baju balik rumah je tapi alhamdulillah, aku stay dan belajar. Bila lagi nak dapat peluang macam tu.

Gambar bersama akhawat2 peserta jaulah dan akhawat dari Kuantan.
Selepas berjumpa mereka, selepas asar, kami bertolak ke Kemaman. Jauh juga perjalanannya..
Sampai je di homestay kat Kemaman, berehat seketika kemudian solat maghrib dan isyak berjemaah.
Selepas tu, makan BBQ yang disediakan oleh suami2 kakak2 naqibah yang dah berkeluarga.
Dan sesi perkongsian sesama peserta.

30 Jun 2013 iaitu hari ahad, selepas solat subuh berjemaah,bacaan mathurat dan kuliah subuh, kami bertolak ke Pantai Chendor.
Waktu pagi di Pantai Chendor, Kemaman, Terengganu.

Breakfast nasi dagang ^^
 Kalau ada yang follow instagram aku, pernah nampak lah gambar2 di atas tu hehehe
Selepas makan, ada main game tajuknya Aladdin carpet dan bahasa isyarat. Menarik betul.
Tak sangka group aku menang tempat pertama aladdin carpet tu..dapatlah hadiah mug XD

Selepas tu, pergi ke Sekolah Menengah Islam Al-Amin Kemaman (SMIAAK). Sekolah tu sangat mengagumkan aku. Sangat berbeza dari sekolah menengah ku dulu. Waktu makan, makan dalam dulang. Waktu solat, pelajar2 muslimah tak pakai telekung sebab pakaian dorang sudah menutup aurat. Aku terfikir juga la, pakaian sekolah mereka tiada beza pun dengan sekolahku dulu. Tudung labuh, pakai sarung lengan, stoking tapi kat sekolahku dulu, semua pakai telekung. Waktu masuk surau nak solat, nampak dorang sempoi je, takde yang pakai telekung pun..Rupa2nya dorang solat macam tu je. Kagum.


Maybe di sekolahku dulu, sudah menjadi adat untuk memakai telekung waktu nak solat..

Selepas tu, makan dan pergi membeli belah keropok dan satar ikan.. aku beli keropok lekor je haha
Gambar selepas makan ^^ Inilah peserta2 jaulah dan naqibah2.


Kemudian, berangkat pulang ke KL. On the way tu, aku tertinggal spec di surau perhentian Gombak *menangis* Memang confirm tak dapat balik dah le.. waktu sampai Sunway, baru perasan.

Dalam pukul 11:30 baru sampai PJS 9. Alhamdulillah sampai dengan selamatnya.

Terima kasih kepada akhawat yang bagi tumpang untuk pergi dan hantar balik, Aqilah dan semua2 yang terlibat. Kenangan yang tercipta ini akan terus diingati. Semoga ukhuwah yang terjalin akan kekal selamanya.
Harap2 dapat bertemu lagi di lain masa.


P/s: thanks kepada my beloved sister and her housemate sebab sanggup menungguku di pjs.. kalau tak,terpaksalah tidur kat rumah sewa di pjs tu huhu

Sekian saja untuk entry ni.. hehe
Wassalam

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hai saya Atiqah. Saya suka menulis dan bercerita.

0 comments

Just leave your comment/s here.Make it simple and nice ☺