Rindu.

Rindu.
Perasaan yang sukar untuk diluahkan melalui perbuatan..Senang diungkapkan
di bibir tapi payah untuk diterjemahkan.

Rindu akan memori.
Momen suka dan duka yang dilakarkan di atas sebuah kanvas kehidupan.
Saat yang berharga yang kian hilang dimamah masa.
Memori merupakan sesuatu yang misteri.Amat misteri.
Setiap memori yang memberi impak besar kepada insan sukar pudar,
namun ingatan kepada sebuah memori itu akan berubah cara pengolahannya.



Bersama memori ada pengalaman.
Benarlah kata para ilmuwan, "Pengalaman merupakan guru yang paling baik"
Pengalaman mengajar erti kehidupan.
Pengalaman sendiri, pengalaman insan di sekeliling,
secara tidak langsung merangka jalan untuk kita susuri.
Pengalaman mengajar kita samada untuk membuka tangan menerima dunia,
atau membina cengkerang di sekeliling kita
atau mungkin, mengajar kita menongkah arus yang deras menentang.

Pengalaman mengajar erti 'cinta' dan kekuatan
..............................................

Terkadang kita jatuh tersungkur apabila badai terlalu kuat.
Terkadang kita salah memilih haluan, silap membuat pilihan.

Kita insan yang tidak kebal dari melakukan salah.
Kita bukanlah dilahirkan sempurna.
Kita banyak cela, yang tersembunyi ataupun yang jelas.

Kita terlalu melihat kepada ketidaksempurnaan kita.

Apa kata kita merenung sejenak kelebihan kita.
Kita sebenarnya punya keistimewaan.

Jangan terlampau memberi perhatian kepada pandangan orang kepada kita.

Ingat akan satu perkara,
Andai kita tidak dapat menjadi mereka, usah berduka, kerana dalam masa yang sama, mereka tidak dapat menjadi kita.


18072013 3:00

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hai saya Atiqah. Saya suka menulis dan bercerita.

0 comments

Just leave your comment/s here.Make it simple and nice ☺