Ujian


Hidup ini tidak sunyi dari ujian dan dugaan.
Malah, ia datang dalam berbagai rupa dan tanpa diduga.

Ada yang diuji dengan kesusahan.
Ada yang diuji dengan kemewahan.
Ada yang diuji dengan fizikal yang terbatas.
Ada yang diuji oleh persekitaran.
Ada yang diuji dengan hubungan sesama insan.



Terkadang kita lupa,
dalam kita lelah mengungkit akan sekelumit jasa,
kita alpa pada intan berlian yang diberikan kepada kita.
Kita terlalu asyik memikirkan bahawa kita lah yang
terbaik
paling rajin
paling banyak amalnya
Sehinggakan kita lupa tanggungjawab kita sebagai seorang insan.

Apalah gunanya ilmu seluas lautan sekiranya tidak diterjemahkan kepada perbuatan?
Apalah istimewanya  ilmu dan harta setinggi gunung andainya kita memikirkan pada diri sendiri sahaja?

Dimanakah hebatnya kita sampai kita begitu megah memperkecilkan yang lain?
Adakah sudah pasti hidup kita, pengakhirannya syurga?
Adakah kita mengira kita semulia para malaikat?

Mengapa begitu cepat kita menghukum tanpa siasat?
Mengapa begitu senang kita mengira bahawa kita sahaja yang diuji?
Sedangkan orang lain tidak?

Dimanakah silapnya?
Masih belum penatkah menunding jari?
Bila pula masanya untuk menilik diri sendiri?

Tiada yang sempurna di dunia ini melainkan Allah Yang Maha Esa.
Kita semua sama sahaja, yang membezakan kita hanyalah ketaqwaan.

Ayuh, mulakan perlumbaan kearah taqwa itu.
Hentikan perkelahian berlandaskan duniawi yang sementara sifatnya.

Ayuh kita bersama memperbaiki diri sendiri.
Yakinlah akan diri sendiri,
Yakinlah akan Rahmat Allah yang tidak ada batasnya.
Yakinlah syurga itu luas dan bukan untuk kita seorang sahaja.



Jezz 09072013 12:42pm

 "In this journey... We are companions struggling through life towards our way."
                        Part of lyrics of You & I song by Irfan Makki





Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hai saya Atiqah. Saya suka menulis dan bercerita.

0 comments

Just leave your comment/s here.Make it simple and nice ☺