Mukhayyam Part 2 ^_^

Usai solat Zohor, ada tazkirah pasal sahabat Rasulullah yang bernama Rumayso' Bt Milhan. Oh ya,lupa nak bagitahu, tema mukhayyam ini ialah Sahabiat Inspirasiku. Sahabiat tu bermaksud sahabat kaum Hawa Rasulullah. Kat sini,banyak yang diceritakan tentang sahabiat2 yang tak dikenali ramai tapi mempunyai peranan yang besar juga dalam perjuangan Islam pada zaman Rasulullah.


Selepas tazkirah, ada water confident games. First game ialah, semua peserta diminta memegang tali2 yang diikat pada bakul yang berisi bola2. Seorang peserta at least kena pegang satu tali. Lepas tu, kena pakat angkat bakul tu ramai2 menggunakan tali tu, kena bergerak masuk dalam sungai,stay kat dalam sungai selama 30 saat dan kemudian,keluar sungai dan masukkan semua bola kedalam pasu yang disediakan.Kalau lebih dari 5 bola yang jatuh ke tanah,mission dikira failed. Bunyi macam senang kan? Tapi susah dan memerlukan critical thinking, kerjasama dan strategi yang bagus. Tanpa kerjasama, sekejap je boleh tergolek semua bola didalam bakul tu. Kakak fasi kata average time yang diambil oleh organisasi2 lain yang melakukan aktiviti sama ialah 40 minit dan rekod paling cepat ialah 10 minit.. Kitorang berjaya buat dalam masa 25 minit..not bad la..

Selepas game tu, ada lagi water confident game yang lain. Nama game kedua ni ialah, 'Berkorban apa saja'. Dalam game ni,setiap group dikehendaki membuat satu barisan sepanjang yang boleh menggunakan apa saja yang mereka ada waktu tu..So apa lagi, keluarlah tali kasut,stocking, handsock yang disambungkan dan dipegang bagi membuat barisan yang panjang.. game ni dalam sungai taw..sejuk dan best habis hahahaha..group aku dapat tempat ke 3..


Game kedua ialah isi air dalam botol.. game ni paling lawak..ada peraturan macam takde peraturan sebab semua nak penuhkan botol tu cepat2 hahahaa... memang kelakar.... 

Game water confident terakhir ialah bola beracun..kecoh habis time ni sebab sungai tu sempit and kitorang ramai..so yang kat tengah cepat je kena baling dengan bola..tapi bola tu ringan sangat,so kadang2 terkena pun tak terasa ahahahaha.. Lepas tu,aktiviti bebas main2 dalam air..tapi aku tak main dah sebab penat punya pasal..so aku kat tepi je,ikat balik tali kasut yang dibuka untuk game Berkorban apa saja tadi XD

Pukul 5, siap2 solat asar. Lepas tu ada tazkirah pasal srikandi bernama Al Khansa' Bt Amr.. tapi waktu ni,susah sangat nak tumpukan perhatian sebab aku terlampau penat..beberapa kali tersengguk.. huhuhu.. Lepas tazkirah, ada persiapan untuk persembahan malam nanti. Group aku dikehendaki melakukan persembahan tentang Nusaybah Bt Kaab. Best taw persembahan2 ni..semua group di assign sahabiat2 masing2..takdelah persembahan random dan entah ape2 macam perkhemahan2 biasa yang aku pernah pergi selama ni... Tapi,honestly, aku tak suka sangat aktiviti persembahan..Aku cepat nervous lah,rasa nak pitam lah.. nasib baiklah semua peserta perempuan, so rasa tak suka tu kurang sikit. Setiap group ada requirement masing2, ada group yang wajib buat dikir barat, ada yang wajib buat choral speaking, pantun, boria, manakala group aku dikehendaki untuk membuat rap. RAP YO~

Pukul 7, solat maghrib pastu bacaan mathurat.. Then ada tazkirah pasal Nusaybah Bt Kaab, solat isyak, tazkirah pasal Khaulah Al-Azwar. Lepas tazkirah,ada makan BBQ yang dah disediakan oleh pihak pengurusan chalet. Sambil2 makan,sambil2 praktis skrip.

Pukul 9, persembahan kumpulan. Semua persembahan kreatif2.. aku pula, berlakon menjadi Nusaybah zaman moden yang tak tahu apa2 pasal Nusaybah,srikandi yang berani di zaman Rasulullah..Mula2 kan,rasa nervous semacam..tapi bila dah naik atas pentas,rasa macam biasa2 je..tak nervous pun..excited lagi hehehehe..seronok bila boleh buat audience gelak2..

Lepas persembahan, kembali ke chalet..baca surah Al-Mulk pastu tidur... 

Ahad 24 November 2013
esok paginya ada Qiam, solat subuh dan tazkirah selepas subuh iaitu pasal Hafsah Bt Umar. Kemudian, senaman yang diconduct oleh seorag akak senior dari Taylor's. Selepas senaman, breakfast. Sekali lagi makan nasi lemak..Aku yang bukannya penggemar nasi lemak ni rasa nasi lemak tu sangat sedap waktu tu..maybe sebab surrounding yang sangat membahagiakan aku,rasa macam nasi lemak tu best je..

Sambil2 makan,akak yang conduct senaman tadi tu duduk depan aku.. dia ceritalah cara2 healthy life lah...macam mana nak dapat body yang nice tapi tak semestinya slim la..rasa macam,waktu breakfast tu,aku tengah buat sesi bual bicara dengan fitness trainer kekekekeke..tapi memang best gak lah..

Ayat paling best dia ialah: "Cara2 pemakanan sihat ialah, Breakfast like King, lunch like normal dan dinner like poor."

Next, ada talk pasal Ciri2 dan Peranan Sahabiat daripada Ustazah Wan Ramizah Hassan. Banyaklah perkongsian yang menarik..nanti kalau ada kesempatan aku buat post pasal apa yang aku dapat sewaktu talk ni.
Perkongsian daripada Ustazah Wan Ramizah
Then,dah sampai ke penghujung program...ada resolusi,penutup, lunch dan kemudian check out..

Dengan itu,habislah mukhayyam yang sehari setengah ni..banyak memori dan ilmu yang dipelajari walaupun di waktu yang singkat ni. Semoga dengan ilmu2 itu dapat menjadikan aku lebih baik dari hari2 yang lepas dan semoga ukhuwah yang terbina akan terus berkekalan. Insyaallah.

Jumpa lagi.
Wassalam.
Jezz

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hai saya Atiqah. Saya suka menulis dan bercerita.

0 comments

Just leave your comment/s here.Make it simple and nice ☺