Warkah untukmu.

Keperibadianmu begitu mempesona..
Kerana perwatakanmu, aku terpikat..
Prinsipmu mengutuhkan semangatku yang terkadang goyah.
Salahkah mencintai si pencinta yang cintakan Yang Maha Esa?


Ku ingin dakapi sedikit bara semangatmu itu.
Ku berharap jalan kita bertemu di penghujungnya.
Meski aku sedar kita jauh berbeza.

Namun aku masih berharap.
Selama mana matahari masih digantikan bulan.
Selama mana bintang masih menyinar di waktu malam.
Selama itu aku masih berharap.

Kerana harapan ini antara tali-tali kekuatan yang aku pegang.

Aku tidak dahagakan sesuatu yang diluar keupayaanku.
Dan aku tidak tergila-gilakan perhatianmu.
Cukuplah aku mengintai secebis semangat dari jalan dakwahmu.

Kerana aku ingin menjadi lebih baik dan menjadi sepertimu.
Kerana aku rindu berimamkan kamu.

30112013 2:06pm

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hai saya Atiqah. Saya suka menulis dan bercerita.

0 comments

Just leave your comment/s here.Make it simple and nice ☺