Latihan Industri di FRIM (1st month)

Pada post kali ni, aku nak kongsikan apa yang aku pelajari sewaktu aku melakukan latihan industri di FRIM,Kepong.




Tapi, sebelum tu,aku nak cakap pasal proses-proses sebelum sampai ke FRIM lah. (post ni sangat panjang..tarik nafas panjang2,tenangkan jiwa dan minda, baca bismillah dan selamat membaca)

Pengenalan: Bagi course aku iaitu course Biotechnology di Monash University, the students are not required to do practical. Practical ni wajib bagi student untuk course lain. Yang tak wajib, universiti aku panggil as work placement. Work placement tak wajib dan tiada extra credit. Kalau nak buat, boleh. Taknak buat pun boleh. Aku buat 2 bulan saja sebab cuti semester 3 bulan sahaja..Baki satu bulan lagi tu aku nak kerja. Tempat work placement, kena cari sendiri. Kena cari sendiri tu as in, kena call sendiri company/institusi yang kita nak pergi buat work placement dan tanya, ada ambil student practical tak. Kalau pihak organisasi tu kata mereka terima student practical dan minta resume serta cover letter, kita kena buatlah.

Kenapa aku buat work placement ni walaupun tidak wajib?: Untuk mencari pengalaman dan mendedahkan diri kepada alam pekerjaan.

Tempat praktikal ni ada 2 jenis: 1- ada bagi elaun untuk practical student, 2- tiada elaun. Selalunya,waktu korang call tanya ada terima student ke tak,mereka akan bagitahu elaun diberi atau tidak. Kat FRIM ni,tiada elaun yang diberi.

Aku dapat buat work placement di FRIM (terima kasih kepada sahabat2 aku yang banyak membantu dalam proses untuk dapatkan tempat di situ).

Aku dapat projek dibawah Bahagian Pulpa dan Kertas. Nama projek tu ialah 'development of bioethanol from pulp'. 
.....................................................................

First week was the most boring moment.. Sebab takde kerja punya pasal, aku melepak je kat lab proses kayu, tengok seorang akak ni buat projek PhD dia. Dia suruh panggil dia akak (Kak Nina) tapi sebenarnya dia jauh lebih dewasa dan pernah menjadi pensyarah di sebuah universiti tempatan. Penyelia aku bawa aku ronda2 kawasan dan kenalkan orang2 penting dan staff2 di situ. Sewaktu berjumpa dengan Ketua Pengarah Bahagian, beliau ada bagi soalan spot.

"Kenapa kamu memilih FRIM?"
"Apa cita-cita kamu?" (aku jawablah Biotechnologist/Researcher.)
Dia tanya lagi, "What do you understand about Biotechnology?" (aku memang dah student biotech jadi ada la tahu sikit2 tentang biotechnology ni.) 

Untuk pengetahuan korang, kebanyakan projek di bawah bahagian pulpa dan kertas ini lebih menjurus kepada Mechanical Engineering (Packaging). Proses kertas dari pokok, sabut kelapa dan sebagainya dan digunakan bertujuan untuk pembungkusan. Aku yang biotech student ni, tahu pasal tissue culture, microorganism dan sebagainya rasa macam speechless sekejap bila first2 aku masuk lab tu.. Tak related sangat pun dengan course yang aku ambil. Ada banyak mesin yang sangat tak familiar.. Tapi itulah alam pekerjaan, tidak 100% sama dengan apa yang didedahkan kepada kita di kampus.

.......................................................................
Second week, Kak Nina, seorang staf lelaki dan partner project aku (another practical student) pergi Mentakab,Pahang untuk uji sampel kertas. Boleh tahan best la. Second week tu juga aku memulakan projek aku dengan bantuan lab technicians.

Ni gambar secara ringkaslah projek aku setakat ni (ada lagi part2 lain,tapi ini hanyalah sebagai gambaran korang je)
Sumber:  Slide aku sendiri.
Photographer: Aku,2013

Black liquor itulah yang akan diproses untuk menghasilkan bioethanol (Step ni belum buat). Lepas collect tu, kena basuh pulp kat dalam Rotary Digester tu, kena spin, kena screen dan kena hancurkan guna mixer. Then,pulp yang dah kering dan sudah ditimbang disimpan dalam peti penyimpan (macam peti ais tapi dipanggil Chiller). Step ni diulang untuk 2 samples. 

Begitulah rumusan sepanjang bulan pertama ni..ada hari yang bosan, ada yang penat.. Aku bawa laptop kesana sebab boleh buat report atau slide.

Komen aku tentang persekitaran: BEST! Aku memang suka nature..memang sengaja pilih FRIM sebab aku tahu, FRIM ni memang hutan~

Bulan kedua nanti, Januari 2014,Insyaallah ada pergi ke Mentakab lagi :D Suka jalan2 ni.. Bulan kedua ialah bulan last aku untuk practical di sini... kena timba ilmu sebanyak yang boleh dalam masa yang suntuk ini..

InsyaAllah,aku akan buat post untuk Latihan Industri di FRIM (2nd month) akhir bulan Januari depan.

Sekian sahaja.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hai saya Atiqah. Saya suka menulis dan bercerita.

1 comments

  1. Salam. Boleh share tak dlu praktikal stay kat mane? Rumah sewa? If possible you can reach me by 013-2992975. Bakal Intern next week. 😊

    ReplyDelete

Just leave your comment/s here.Make it simple and nice ☺