Titian


Meniti hidup dari sehari ke sehari
Mengulang agenda yang sama dari masa ke masa
Apakah begini pengakhiran hidupku nanti?
Apakah yang sudah kusumbangkan pada agama?



Usia hidupku dihabiskan untuk ku sahaja
Sedangkan aku hidup dalam masyarakat.
Ah! Malangnya umurku itu.
Layu begitu sahaja meninggalkanku.

-------------------------

Alangkah bagus andai masa dapat diputarkan kembali
Tapi bergunakah menangisi sesalan yang kian basi?
Apalah gunanya keluhan bertimbun-timbun.
Jika diri cuma menanti perubahan yang tidak kunjung-kunjung?
Perubahan itu bermula dari dalam diri dan ia tidak datang bergolek.

Tiada guna membazir usia dengan teragak-agak untuk melangkah.
Melangkah sajalah meski engkau akan rebah
Di setiap rebahmu itu,bangkitlah tanpa lelah
Kerana di situ engkau melatih dirimu untuk terus gagah.

-4:10pm 031213-

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hai saya Atiqah. Saya suka menulis dan bercerita.

0 comments

Just leave your comment/s here.Make it simple and nice ☺