Latihan Industri di FRIM (2nd month)

Assalamualaikum...
sudah lama rasanya tidak menulis apa-apa di sini... Pada post kali ni,aku nak kongsi sambungan post latihan industri di FRIM
Cadangnya, post untuk second month di FRIM ditulis sebaik sahaja tamatnya latihan industri aku tapi bulan Februari lepas, langsung tiada mood untuk menulis ditambah dengan kesibukan, makanya post ini tertangguh sehinggalah ke hari ni..
So, let's get straight to the story ^_^

Oh black liquor!! why~

Sebenarnya kan, projek aku tak sempat siap pun..black liquor yang dihasilkan tak sempat habis dianalisis pun. Selepas black liquor dah dikumpulkan, liquor ni akan menjalani ujian analisis untuk menguji berapa ash content, moisture content, solid content, density,viscosity dan sebagainya. Black liquor ni juga perlu ditapis..
Haaa..kat part penapisan tu la yang makan masa yang lama. Penapisan ni guna 3 different sizes of buchner funnel. Bila sampai saiz yang paling kecil, black liquor tu stuck.. ambil masa banyak hari juga.

MCC
Disebabkan masalah di bahagian penapisan, aku sempat buat benda lain juga seperti MCC.. dah lupa apa masuk MCC technique tu..tapi ia ada kaitan dengan proses pulp menjadi serbuk putih... okay...kalau aku cerita pun,korang maybe tak faham sangat (actually, aku tak reti nak cerita hehehehe)..sorry...skip this part lah ye.

Nak buat paper T__T
Aku rancang kan, bila dah dekat nak habis praktikal,aku nak buat paper dari pulp yang aku proses di awal permulaan projek..tapi tidak bernasib baik sebab mesin buat kertas tu rosak penapisnya.. time aku dah nak habis praktikal, staff di situ masih cuba untuk membaikinya. Tak dapatlah nak buat paper.

Presentation
Time presentation ni kelakar... sebab tengah2 present, supervisor mencelah, tanya staff-staff lain untuk kepastian. Time aku present tu, tak ramai tetamu kehormat sebab mereka semua busy..Aku rasa okaylah kot...aku ni cepat nervous bila kena present...makin sikit audience,makin okay XD. Selepas present, ada makan2 :D

Lepas habis presentation, kira dah officially ended la my practical there.. Jadi, lepas tu,aku ambil gambar je dengan staff di program pulpa dan ambil gambar dengan my besteis sekitar FRIM.

Bagi yang ingin membuat praktikal di FRIM, call terus je Bahagian Sumber Manusia FRIM.. Memandangkan aku membuat praktikal di bahagian pulpa dan kertas, aku nak cakap, staff-staff di situ semua baik-baik dan peramah. Kawasan FRIM pun best. Udara segar :) Kalau tak percaya,pergilah jalan-jalan ke sana. Best untuk tenangkan fikiran.

Itu sahaja perkongsian dari aku...semoga perkongsian ni memberi sedikit sebanyak info tentang FRIM. All the best.

Sekian. Wassalam.


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hai saya Atiqah. Saya suka menulis dan bercerita.

0 comments

Just leave your comment/s here.Make it simple and nice ☺