Asas Pemasaran Dalam Perniagaan

Asas Pemasaran Dalam Perniagaan Yang Perlu Kita Tahu


Tujuan utama pemasaran bukanlah untuk menjual barang semata-mata tetapi ia lebih kepada bertujuan untuk memberitahu kewujudan perniagaan dan produk kita. 

Hal ini kerana, kita tidak boleh memaksa pelanggan untuk membeli barang yang kita jual. Perasaan ingin membeli datang dari hati mereka sendiri. 


Contohnya:

Kita ingin menjual produk terbaru keluaran syarikat kita. Dengan ini, kita mula melakukan pengiklanan di kaca TV. Ramai penonton TV yang menonton iklan tersebut dan tahu bahawa kita sudah mengeluarkan produk tersebut. Namun, bukannya semua akan membeli. Hanya sebilangan yang terpikat sahaja yang akan membeli.

Bilangan mereka yang membeli juga tidak 100 peratus datang dari penonton di televisyen, ia mungkin di beli oleh mereka yang tidak pernah langsung menonton iklan kita di televisyen. Ia terjadi kerana mereka yang menonton iklan tersebut menyebarkan pada pihak ketiga. Jadi, konsep sebenar pemasaran adalah memberitahu.

Dari 100 orang yang melihat iklan kita, anggaran kasarnya hanya 10 peratus sahaja yang akan ambil tahu manakala yang akan membeli adalah seorang atau tiada langsung. Namun, 10 peratus yang ambil tahu ini akan menyebarkan pada pihak ketiga di mana ia memberi kelebihan pada produk kita.

Jadi kesimpulannya, semakin ramai yang tahu akan kewujudan perniagaan kita, secara tidak langsungnya ia akan meningkatkan jualan kita.

Kalau kita ada produk terhebat dipasaran tapi kita tidak memberitahunya pada sesiapa dan biarkan produk tersebut tersimpan rapi di stor, sudah pasti perniagaan kita tidak kemana.

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Hai saya Atiqah. Saya suka menulis dan bercerita.

0 comments

Just leave your comment/s here.Make it simple and nice ☺